5 S



Pengenalan 5S
      5S merupakan satu aktiviti dalam meningkatkan persekitaran pejabat. Amalan ini dijadikan sebagai tempat    terpenting dalam membentuk disiplin pekerja dan pelajar bagi memastikan sekolah serta asrama bersih, teratur, sempurna, selamat dan mudah diawasi dalam usaha meningkatkan mutu kerja, proses, peralatan, keselamatan dan perkhidmatan.
  
Penerangan Konsep 5S
    Berikut adalah penerangan mengenai 5S:-
     1.         SEIRI – SISIH – SORT
                       Sisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkannya secara sistematik.
     2.         SEITON – SUSUN – SET IN ORDER
                       Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk 
                       digunakan.        
     3.         SEISO – SAPU – SHINE
                       Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.
     4.         SEIKETSU – SERAGAM – STANDARDISE
                       Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.
     5.         SHITSUKE – SENTIASA AMAL – SUSTAIN
                      Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.
Definisi  5S
Program 5S melibatkan aktiviti seperti menyisih, menyusun, membersih dan mengatur yang dilaksanakan secara berterusan dan sukarela mengikut piawaian yang telah ditentukan oleh sekumpulan manusia di sekolah/asrama/makmal/bengkel yang sama secara bekerjasama untuk menjadikan persekitaran dan tempat kerja lebih efektif dan produktif.
Polisi 5S
“Ke arah budaya kerja yang adil saksama, cekap dan gemilang dengan persekitaran yang bersih, ceria, selamat dan seragam , demi kepuasan pelanggan”.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.